NEWS: Sabah ambil inisiatif pulih industri pelancongan
https://www.sinarharian.com.my/article/162572/EDISI/Sabah-ambil-inisiatif-pulih-industri-pelancongan
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過7,990的網紅Sabah Tourism,也在其Youtube影片中提到,Bah, boleh jalan-jalan sudah. Tapi jalan-jalan mesti ikut zon-zon yang sudah ditetapkan oleh Kerajaan Sabah. Do you know the types of attractions av...
「kerajaan sabah」的推薦目錄:
- 關於kerajaan sabah 在 SABAH, Malaysian Borneo Facebook 的最讚貼文
- 關於kerajaan sabah 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
- 關於kerajaan sabah 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於kerajaan sabah 在 Sabah Tourism Youtube 的精選貼文
- 關於kerajaan sabah 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳解答
- 關於kerajaan sabah 在 Kerajaan Negeri Sabah | Kota Kinabalu 的評價
- 關於kerajaan sabah 在 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI ... 的評價
- 關於kerajaan sabah 在 Kunjungan Hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah oleh ... 的評價
kerajaan sabah 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
Trend peningkatan jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak dan remaja (0-18 tahun) di Malaysia agak membimbangkan dengan 400,668 kes dicatatkan pada tahun ini (data sehingga 16 September 2021), berbanding 12,620 kes pada 2020.
Daripada jumlah tersebut, 252,569 kes melibatkan murid sekolah dan 42,831 kes adalah kanak-kanak pra-sekolah.
Melihat kepada perkembangan ini, kerajaan membuat keputusan untuk memberikan vaksinasi kepada golongan ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) bagi melindungi mereka daripada virus itu dan ia telahpun dimulakan di Sarawak pada 8 September lalu, WP Labuan (11 September) dan Sabah (16 September).
PICK Remaja dikelolakan oleh Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF-A) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato Dr. Haji Noor Azmi.
Pagi tadi, saya berkesempatan menghadiri program ‘kick-off’ PICK Remaja di SMK Putrajaya Presint 8 (1) antaranya bersama Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr Radzi Jidin yang seterusnya menandakan permulaan program vaksinasi itu di seluruh negara.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi juga telah memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada Haziq Zafri Bin Hiruddin, 17 , Ketua Murid SMK Putrajaya Presint 8 (1).
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mensasarkan 3.2 juta remaja 12 hingga 17 tahun menerima vaksinasi COVID-19 untuk pembukaan sesi persekolahan 2022 dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.
60 peratus daripada remaja kumpulan umur ini disasar mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November 2021 dan
80 peratus daripada mereka yang layak divaksin mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
#LindungDiriLindungSemua
kerajaan sabah 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Hari ini adalah hari kedua lawatan kerja saya di Sabah dan pagi tadi saya telah ke Pulau Larapan, Semporna, bagi melihat aktiviti jangkau luar pemberian vaksin CanSino (vaksin 1 dos) kepada penduduk di pulau tersebut dan pulau-pulau di sekitarnya.
Bersama-sama saya di Pulau Larapan adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga EXCO Kesihatan negeri, YB Ir Shahelmey Yahya, serta pengurusan tertinggi KKM.
Aktiviti vaksinasi di Pulau Larapan ini adalah antara contoh program vaksinasi jangkau luar yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk kita mencapai sasaran 60 peratus populasi dewasa di Sabah mendapat vaksinasi lengkap pada hujung September ini dan 80 peratus pada penghujung Oktober 2021.
Kita telah merancang lebih 130 program vaksinasi jangkau luar ini yang melibatkan kerjasama JKN Sabah, Kerajaan Negeri serta NGO dengan menggunakan pejabat-pejabat kesihatan daerah sebagai PPV sementara. Hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan yang menawarkan dewan terbuka mereka untuk kita jalankan aktiviti vaksinasi.
Kita mensasarkan 1,000 dos untuk diberikan pada program vaksinasi jangkau luar di Pulau Larapan ini. Keseluruhannya, 16,000 dos vaksin CanSino akan dihantar ke Daerah Semporna dan sehingga hari ini, sebanyak 3,000 dos telah pun diterima.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa program vaksinasi ini diberikan oleh Kerajaan untuk semua penduduk di Malaysia dan kita tidak menolak sesiapa pun. Tidak kiralah individu tersebut mempunyai dokumen ataupun tidak.
Di Pulau Larapan ini dan juga di aktiviti vaksinasi jangkau luar lain yang dijalankan, ada dalam kalangan mereka yang hadir tidak mempunyai pengenalan diri yang sah dan hanya membawa bersama mereka surat dari Kerajaan Negeri ataupun ketua kampung yang mengesahkan identiti mereka. Kita terima.
Saya telah bincangkan perkara ini di peringkat KKM dan juga bersama Jemaah Menteri bahawa apa yang lebih utama adalah soal kesihatan awam. Kalau mereka adalah penduduk di Malaysia, saya harap mereka akan hadir di mana-mana PPV atau program jangkau luar seperti ini untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Saya ingin tegaskan juga bahawa tidak ada yang selamat sehingga semuanya selamat.
kerajaan sabah 在 Sabah Tourism Youtube 的精選貼文
Bah, boleh jalan-jalan sudah. Tapi jalan-jalan mesti ikut zon-zon yang sudah ditetapkan oleh Kerajaan Sabah.
Do you know the types of attractions available based on the zones? Here's a video compiling all attractions for Zone 1.
SOP mesti sentiasa dipatuhi ok? Stay safe all!
Music by MBB
https://www.youtube.com/c/mbbmusic
https://www.instagram.com/mbb_music
https://soundcloud.com/mbbofficial
https://spoti.fi/2wqzjwK
kerajaan sabah 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳解答
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
kerajaan sabah 在 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI ... 的推薦與評價
Disempurnakan oleh, TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah 7:00 Pagi 31 Ogos (Khamis) Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, ... ... <看更多>
kerajaan sabah 在 Kunjungan Hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah oleh ... 的推薦與評價
YB Timbalan Menteri menyampaikan amanat YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bahawa MOTAC akan sentiasa bekerjasama dengan negeri Sabah untuk ... ... <看更多>
kerajaan sabah 在 Kerajaan Negeri Sabah | Kota Kinabalu 的推薦與評價
Kerajaan Negeri Sabah. 157 followers. . 0 following. . Follow. . Posts. About · Photos · Mentions. Details. . Page · Government organization. ... <看更多>